Seattle Mariners

Seattle Mariners merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Seattle, Washington. Pasukan ini bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) West. Pasukan ini menyertai American League hasil gabungan beberapa pasukan pada 1977. Sejak Julai 1999, venue Mariners yang diguna pakai ialah T-Mobile Park, yang terletak di kejiranan SoDo Seattle.Nama "Mariners" berasal daripada kewujudan budaya kepelautan di kota Seattle. Pasukan ini memiliki nama samaran M's, gelaran yang tertera pada logo utama pasukan dari tahun 1987 hingga 1992. Pasukan ini juga mengguna pakai warna terkini – biru kelasi, teal dan perak – sebelum ke musim 1993, Mariners mengguna pakai nilakandi dan emas semenjak pasukan ini diperkenalkan (warna-warna asal tersebut terus digunakan dalam seragam gantian). Maskot bagi pasukan ini ialah Mariner Moose.Pasukan ini tidak dibarisi pasukan pemenang sehingga tahun 1991 dan beberapa kejayaan dikecapi sehingga penghujung 1990-an yang mana ia menyaksikan tempoh paling gemilang dalam sejarah pasukan. Mariners yang dibarisi oleh pemain-pemain Dewan Kemahsyuran iaitu Edgar Martinez, Ken Griffey Jr. dan Randy Johnson, Mariners memenangi kejuaraan divisyen pertama dan mereka berjaya menewaskan New York Yankees dalam ALDS. Mariners selanjutnya meraih gelaran divisyen kedua pada tahun 1997.Selepas ketiga-tiga orang pemain itu meninggalkan pasukan, Mariners diperkuatkan oleh kemasukan Ichiro Suzuki, yang mencatatkan 116 kemenangan pada tahun 2001 sekali gus merekodkan pencapaian baru buat American League bagi rekod kemenangan terbanyak dalam satu musim dan menyamai rekod Chicago Cubs pada 1906 untuk sejarah MLB. Pasukan ini tidak memburu cabaran postseason sehingga tahun 2022 .[7][8]Sehingga tahun 2022, pasukan ini menamatkan kempen dengan rekod kekalahan dalam 30 daripada 46 musim. Mariners juga merupakan satu-satunya pasukan aktif di MLB yang tidak pernah tampil di Siri Dunia dan kini memegang rekod kemarau kemunculan Siri Dunia bagi mana-mana pasukan aktif di MLB.Setakat 2022[kemas kini], rekod menang-kalah bagi Mariners ialah 3,402–3,783.[9]

Rujukan

WikiPedia: Seattle Mariners https://www.mlb.com/mariners/news/mariners-unveil-... https://www.mlb.com/news/seattle-mariners-blend-pa... https://img.mlbstatic.com/mlb-images/image/upload/... https://img.mlbstatic.com/mlb-images/image/upload/... http://m.mariners.mlb.com/news/article/174893796/n... http://www.seattletimes.com/sports/mariners/new-ma... https://www.mlb.com/news/justin-hollander-mariners... https://www.mlb.com/news/seattle-mariners-clinch-f... https://www.seattletimes.com/sports/mariners/marin... https://www.baseball-reference.com/teams/SEA/index...